19 September 2009

Lata kinjang
Dah lama aku tak balik ke Kinjang. Kali ni hanya aku, isteri dan dua anak yang balik. Sayu bila melihatkan keadaan rumah yang terbiar dan tidak berpenghuni. Sebelum melihat rumah, aku sekeluarga sempat singgah kat lata kinjang. Teringat masa kecik-kecik dulu aku pernah jatuh kat tempat ini. Nasib baik le tak jadi ape-ape. Kalau tidak tak tahu le nak cakap. Suasana kat lata kinjang ni mengimbau kembali zaman aku masa kecik dulu. Apatah lagi bila melihat anak-anak yang seronok mandi.

08 Ogos 2009

Apa nak jadi .....

Aku tak tahu apa nak aku buat dengan blog aku ni. Sebenornya aku bukannya minat sangat layan blog. Masa kawan-kawan tengah sibuk tengok blog-blog yang tak tahu berapa juta jumlahnya, aku lebih suka layan portal pejabat aku. Kalau portal tak kemaskini, nanti bos tanya pulak. Kalau blog sndiri tak update, tak ada siapa yang kisah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Modern Warfare 3